Post Populer

Posted by : Unknown Rabu, 02 Januari 2013


Pengertian Internet

 Pengertian internet


1. Merupakan sebuah rangkaian yang terbesar menghubungkan berjuta-juta
    komputer di seluruh dunia.
2. Ianya merupakan sebuah rangkaian yang luas. (WAN)
3. Mengunakan protokol TCP/IP untuk penghantaran data dan maklumat.
4. Mengunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi dan fiber optik.
5. Boleh mendapat maklumat,mencapai maklumat,berkomunikasi,berniaga
    belajar dan membeli belah dalam internet.
6. Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail,mel
    elektronik dan kumpulan berita.
7. Dapat mengekseskan pengguna kepada pengguna yang lain mengakses
    maklumat daripada laman-laman web yang terkandung di dalamnya.

WORLD WIDE WEB (WWW)

1.     WWW terdiri daripada satu sistem rangkaian yang menjalin komputer di
seluruh dunia dan menyalurkan maklumat dalam bentuk multimedia seperti bunyi,gambar,animasi,video dan juga teks.
2.     Tapak atau tempat tersebut dapat dihubungkan melalui hiperpautan \\SERVER\5a_siti\nota tm.htm
(hyperlink) dan membenarkan pengguna bergerak dari satu dokumen ke dokuman yang lain.
3.     Membenarkan pengguna bergerak dengan cepat dari satu dokumen ke
dokumen yang lain di dalam internet.
4.     Merupakan satu sistem yang menyediakan kemudahan  untuk mencari dan mencapai sebarang sumber maklumat yang terdapat dalam internet
dengan mudah dan pantas.

Kebaikan


1.     Mesej terlalu cepat.
2.     Menyokong multimedia atau hypermedia.
3.     Boleh berkomunikasi secara global.
4.     Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
5.     Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

Keburukan


1.     Kurang kepastian maklumat tepat.
2.     Banyak perubahan di saat akhir perancangan.
3.     Bahan  perlu di tipis.
4.     Interaksi subvertif tidak terkawal.
5.     Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
6.     Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
7.     Penggodaan mudah berlaku.
8.     Iklan yang tiada batasan mudah di perolehi seperti iklan-iklan pornografi.


Kepentingan Internet


1.     Memberi perkhidmatan konikasi elektronik.
2.     Memberi perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
3.     Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
4.     Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
5.     Memberi perkhidmatan apliklasi capaian maklumat.


Sumbangan Internet


a)     Menyampaikan Maklumat Tanpa Diskriminasi

i)                   Maklumat di Internet tidak melihat warna kulit,etnik atau rupa paras.Internet juga tidak dimiliki oleh mana-mana negara atau organisasi .Ia dimiliki secara universal.

b)    Mengurangkan Kos Untuk Mendapat Maklumat Berkualiti

i)                   Internet merupakan rangkaian yang sangat dinamik
kerana maklumnya boleh diubah dari masa ke semasa dengan mudah dan cepat tanpa memerlukan kos yang besar.

c)     Alat Komunikasi Dan Capaian Maklumat Aktiviti Interaktif

i)                   Internet adalah rangkaian yang beroperasi serta
merta dan setiap masa.Oleh itu membolehkan pengguna menjalankan aktiviti interaktif bila-bila diperlukan.

d)    Alat Komunikasi Dan Capaian Maklumat Yang Tidak Terbatas

i)                   Internet adalah rangkaian global yang tidak
mengenal sempadan.Ia mempunyai saiz bilangan komputer dan pengguna yang sangat besar.Ini membolehkan berlakunya perkongsian maklumat yang cukup luas.Dengan ini akan membantu mewujudkan masyarakat yang celik maklumat dan berpengetahuan tinggi.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Namikaze Ichimaru - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -